Tarikh1 Januari 2024 sehingga 31 Januari 2024
HariIsnin hingga Ahad
Tempoh Masa11.00 malam hingga 5.00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:

Penutupan A: Lorong paling kiri dan lorong tengah selepas Tol Subang (berhadapan Petronas & Shell), serta lorong paling kiri dan lorong tengah di Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Subang / Kuala Lumpur) dan jalan susur masuk ke Jalan SS7/19 akan ditutup dari 1 Januari 2024 to 15 Januari 2024.

Penutupan B: Lorong paling kanan dan lorong tengah selepas Tol Subang (berhadapan Petronas & Shell), serta lorong paling kanan dan lorong tengah di Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Subang / Kuala Lumpur) akan ditutup dari 16 Januari 2024 to 31 Januari 2024.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Mohamad Rasydi Awang Chik, Pengurus Kanan Projek                                                 : 011 – 10404515

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                          : 012 – 6546905

-->
Translate »