Tarikh | 1 September 2023 sehingga 30 November 2023 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:
Peringkat 1: Lorong paling kanan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh) akan ditutup dari 1 September 2023 sehingga 16 September 2023.
Peringkat 2: Lorong paling kanan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh) akan ditutup dari 17 September 2023 sehingga 30 September 2023.
Peringkat 3: Lorong paling kiri dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Tol Subang) dan akan ditutup dari 1 Oktober 2023 sehingga 21 Oktober 2023.
Peringkat 4: Lorong paling kiri, lorong perlahan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh) akan ditutup dari 22 Oktober 2023 sehingga 13 November 2023.
Peringkat 5: Lorong paling kiri, lorong perlahan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Shah Alam) akan ditutup dari 14 November 2023 sehingga 30 November 2023.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berhad (PLUS).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Mohamad Rasydi Awang Chik, Pengurus Kanan Projek : 011-10404515
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905