Tarikh2 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023
HariIsnin hingga Ahad
Tempoh masa11:00 malam hingga 5:00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:

Penutupan A: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Persada PLUS selepas tol Subang (arah Shah Alam / Kuala Lumpur) akan ditutup dari 2 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2023.

Penutupan B: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan juga kedua-dua laluan di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 1 Jun 2023 sehingga 30 Jun 2023.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berhad (PLUS).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Mohamad Rasydi Awang Chik, Pengurus Kanan Projek                                                                                     : 011-10404515

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                                          : 012-6546905

-->
Translate »