Tarikh | 1 November 2022 sehingga 28 Februari 2023 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran kekotak segmen (SBG) dan kerja-kerja yang
berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:
Peringkat 1: Penutupan lorong dan lencongan trafik berkala di lorong paling kiri dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Tol Subang) dan penutupan lorong paling kanan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh dan Shah Alam) akan ditutup dari 1 November 2022 sehingga 15 November 2022. Pada satu masa hanya satu penutupan (Penutupan A atau Penutupan B) akan dilaksanakan.
Peringkat 2: Lorong paling kiri, lorong perlahan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh) akan ditutup dari 16 November 2022 sehingga 30 November 2022.
Peringkat 3: Lorong paling kanan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh) akan ditutup dari 1 Disember 2022 sehingga 15 Disember 2022.
Peringkat 4: Lorong paling kanan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh) akan ditutup dari 16 Disember 2022 sehingga 31 Disember 2022.
Peringkat 5: Lorong paling kanan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Tol Subang) dan lorong paling kiri dan lorong perlahan (arah Kuala Lumpur / Shah Alam) akan ditutup dari 1 Januari 2023 sehingga 15 Januari 2023.
Peringkat 6: Lorong paling kiri, lorong perlahan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Shah Alam) akan ditutup dari 16 Januari 2023 sehingga 31 Januari 2023.
Peringkat 7: Lorong paling kiri dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Tol Subang) dan akan ditutup dari 1 Februari 2023 sehingga 28 Februari 2023.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berhad (PLUS).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek : 012-5082908
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905