Tarikh | 7 Februari 2022 hingga 1 Mac 2022 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik bagi setiap peringkat:
Peringkat 1: Lorong paling kiri di Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) akan ditutup dari 7 Februari 2022 hingga 21 Februari 2022
Peringkat 2: Lorong paling kanan di Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) akan ditutup dari 8 Februari 2022 hingga 22 Februari 2022
Peringkat 3: kedua dua lorong menghala ke Jalan Lapangan Terbang Subang akan ditutup dari 9 Februari 2022 hingga 23 Februari 2022
Peringkat 4: Lorong paling kanan di Persiaran Kerjaya dan lorong paling kiri di Jalan Lapangan Terbang Subang akan ditutup dari 10 Februari 2022 hingga 24 Februari 2022
Peringkat 5: Dua (2) lorong di Jalan Lapangan terbang Subang menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup dari 11 Februari 2022 hingga 25 Februari 2022
Peringkat 6: Dua (2) lorong menghala ke Lapangan Terbang Subang akan ditutup dari 12 Februari 2022 hingga 26 Februari 2022
Peringkat 7: Lorong paling kanan menghala ke Lapangan Terbang Subang dan dua (2) Lorong menghala ke Lebuhraya Persekutuan akan ditutup dari 13 Februari 2022 hingga 27 Februari 2022
Peringkat 8: Tiga (3) Lorong menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup dari 14 Februari 2022 hingga 28 Februari 2022
Peringkat 9: Kedua dua lorong menghala ke Jalan Lapangan Terbang Subang akan ditutup dari 15 Februari 2022 to 1 Mac 2022
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling (JKR Petaling) dam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Perintah Perintah Pemulihan negara (PPN) Fasa 4 dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Ahmad Asraf Ramadhan, Pengurus Projek : 017-9163212
Mohd Hanifah bin Harun, Koordinator Projek : 013-7351817