Tarikh | 27 Disember 2021 hingga 27 Jun 2022 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh Masa | 10:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja ‘Long Span’ untuk projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:
Penutupan A: Laluan Susur di Lebuh Keluli (Arah Lebuhraya Persekutuan 2)
Penutupan B: Laluan Susur di Lebuh Keluli (Arah Persiaran Bestari)
Penutupan C: Laluan paling kanan di Lebuhraya Persekutuan (Bertentangan Petron Bandar Baru Klang, Arah Lebuhraya Grand Sepadu)
Penutupan D: Laluan Tengah di Lebuhraya Persekutuan 2 (Arah Klang)
Penutupan E: Laluan Paling Kanan di Lebuhraya Persekutuan 2 (Arah Klang)
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan menghargai kerjasama daripada pihak anda.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Tan Beng Heng, Pengurus Pembinaan : 012 – 5952128
Intan Baiduri, Pengurus Perhubungan Awam : 012 – 3823694