Tarikh | 14 November 2021 sehingga 5 Disember 2021 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran “U-Girder” dan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:
Penutupan A: Ramp (Ramp G) menuju ke Tol Subang (Arah Subang) dari Jalan Lapangan Terbang Subang akan ditutup dari 14 November 2021 sehingga 18 November 2021 dan dari 24 November 2021 sehingga 5 Disember 2021.
Penutupan B: Ramp (Ramp G) menuju ke Tol Subang dari Jalan Lapangan Terbang Subang dan lorong paling kiri menuju ke Tol Subang (Ramp E), Arah Subang akan ditutup dari 18 November 2021 sehingga 19 November 2021.
Penutupan C: Ramp (Ramp E) menuju ke Tol Subang Toll dari Jalan Lapangan Terbang Subang dan lorong paling kanan selepas Tol Subang akan ditutup dari 21 November 2021 sehingga 22 November 2021.
Penutupan D: Lorong paling kanan selepas Tol Subang akan ditutup dari 22 November 2021 sehingga 24 November 2021.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berha (PLUS) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek : 012-5082908
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905