Tarikh | Peringkat 1: 24 Oktober 2021 hingga 2 November 2021
Peringkat 2: 3 November 2021 hingga 6 November 2021 Peringkat 3: 7 November 2021 hingga 8 November 2021 Peringkat 4: 9 November 2021 hingga 13 November 2021 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 10:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran ‘Segmental Box Girder’ (SBG) dan kerja-kerja
yang berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta-peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan trafik berkala tersebut.
Peringkat 1: Penutupan lorong perlahan di KM19.1 hingga KM18.5 (arah Barat), 10:00 malam hingga 1:00 pagi, diikuti dengan penutupan penuh (Landasan B – arah Klang), 1:00 pagi hingga 5:00 pagi, dari 24 Oktober 2021 hingga 2 November 2021
Peringkat 2: Penutupan lorong perlahan dan lorong tengah di KM19.1 hingga KM18.5 (arah Barat), 10:00 malam hingga 1:00 pagi, diikuti dengan penutupan penuh (Landasan B – arah Klang), 1:00 pagi hingga 5:00 pagi, dari 3 November 2021 hingga 6 November 2021
Peringkat 3: Pentupan lorong perlahan Jalan Langat (arah Banting), 10:00 malam hingga 1:00 pagi, diikuti penutupan penuh di KM19.1 hingga KM18.5 (arah Barat), 1:00 pagi hingga 5:00 pagi, dari 7 November 2021 hingga 8 November 2021
Peringkat 4: Pentupan lorong perlahan Jalan Langat (arah Banting), 10:00 malam hingga 1:00 pagi, diikuti penutupan penuh di KM19.1 hingga KM18.5 (arah Barat) dan penutupan lorong laju dan lorong tengah di KM18.5 hingga KM19.1 (arah Timur), 1:00 pagi hingga 5:00 pagi, dari 9 November 2021 hingga 13 November 2021
Lencongan trafik ini dilaksanakan dengan kelulusan dari pihak IPD Klang Selatan (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lebuh Raya Shah Alam – LSA (KESAS), dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dijalankan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan oleh pengguna LSA (KESAS).
Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:
En. Nor Azri Omar, Pengarah Projek : 012 – 320 5736
En. Salleh Sani, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam : 019 – 253 0282