Tarikh 23 November 2020 hingga 2 Disember 2020
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 10:00 malam hingga 6:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja berkaitan dengan projek LRT3

 

Penutupan laluan dan lencongan trafik akan dilaksanakan secara berperingkat di setiap lokasi di bawah :

Penutupan A: Lorong paling kanan di Jalan Langat (berhadapan Bilik Pameran Jualan Trio Sdn Bhd, arah Klang)

Tarikh : 23 November 2020 hingga 25 November 2020

 

 

Penutupan B: Lorong paling kanan Jalan Langat dari arah Klang dan Banting (berhadapan rumah kedai Jalan Gambus 2 dan Bilik Pameran Jualan Trio Sdn Bhd)

Tarikh : 26 November 2020 hingga 28 November 2020

Penutupan C: Laluan Susur Lebuh Gambus (berhadapan rumah kedai Jalan Gambus 2), lorong paling kiri dan tengah di Jalan Langat (arah Banting)

Tarikh : 29 November 2020 hingga 2 December 2020

 

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya, Daerah Klang (JKR) serta mengikut  garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan kerjasama dari pihak anda amat kami hargai.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

Irwandy Mohd Mahayudin, Pengurus Pembinaan                                                                                                                                                            : 012 – 3754245

Raja Nazhatul Shima binti Raja Abdul Aziz, Pengurus Perhubungan Awam dan Pihak-Pihak Berkepentingan                           : 010 – 5597979

-->
Translate »