Tarikh | 13 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | Penutupan A
24 jam Penutupan B 11:00 malam hingga 5:00 pagi. |
Tujuan | Untuk kerja-kerja pengalihan utiliti, pembinaan tiang, pemasangan tiang tetopi sambut dan
pembinaan stesen bagi Projek LRT3. |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan laluan tersebut:
Penutupan A
Penutupan jalan akan bermula dari persimpangan lampu isyarat di Persiaran Kerjaya (ke arah Subang/Kuala Lumpur) di hadapan Kolej Naza sehingga Shell Glenmarie untuk 24 jam. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke arah Subang/Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Kontraktor U1/14, Jalan Majistret U1/26 dan Jalan Hakim U1/24. Bagi kenderaan berat, pemandu boleh menggunakan laluan alternatif melalui Lebuhraya Persekutuan.
Penutupan B
Penutupan akan dilaksanakan di Persiaran Kerjaya (ke arah Shah Alam) selepas Stesen Minyak Shell dari 11.00 malam hingga 5.00 pagi. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke arah Shah Alam akan dilencongkan ke Jalan Hakim U1/24, Jalan Majistret U1/26 dan Jalan Kontraktor U1/14. Semasa penutupan dijalankan, pengguna jalan raya dari Subang/KL yang ingin menuju ke Persiaran Kerjaya boleh membuat pusing U berdekatan simpang Stesen Minyak Shell.
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
WL Hoon, Pengurus Projek : 019-6223228
Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan : 012-2993377
Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam : 013-5755667