Tarikh | 1 Julai 2019 sehingga 1 Disember 2019 |
Hari | Isnin hingga Sabtu |
Tempoh Masa | 9:00 pagi sehingga 4:00 petang dan 11:00 malam sehingga 5:00 pagi |
Tujuan |
Untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan utiliti, pengorekan dan ujian cerucuk bermula dari pembahagian jalan di hadapan bangunan Basis Bay sehingga pembahagian jalan di hadapan bangunan Nippon Menard di Persiaran Kerjaya, Shah Alam (menghala Subang/Kuala Lumpur) untuk projek LRT 3. |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan trafik di Persiaran Kerjaya:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
WL Hoon, Pengurus Projek : 019-6223228
Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan : 012-2993377
Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam : 013-5755667