Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), adalah dimaklumkan bahawa lencongan trafik secara berkala akan dijalankan di Bulatan Simpang Lima, Klang, untuk kerja-kerja pengalihan paip air bermula dari 7 Januari 2019 sehingga 28 Februari 2019 dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi (Penutupan A, B & C) dan 24 jam (Penutupan D). Penutupan akan dibuka semula pada siang hari dan trafik akan berjalan seperti biasa (kecuali Penutupan D).
Lencongan laluan yang terlibat adalah seperti berikut:
Penutupan A – Lencongan trafik di Jalan Tengku Kelana (10.00 malam sehingga 5.00 pagi)
Laluan kiri di Jalan Tengku Kelana akan ditutup. Pengguna jalanraya di Bulatan Simpang Lima yang ingin menuju ke Jalan Tengku Kelana akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan di anak panah HIJAU di dalam peta.
Penutupan B – Lencongan trafik di Jalan Tengku Kelana (10.00 malam sehingga 5.00 pagi)
Sebahagian laluan kanan di Jalan Tengku Kelana akan ditutup. Pengguna jalanraya dari Bulatan Simpang Lima yang ingin menuju ke Jalan Tengku Kelana akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU di dalam peta di bawah.
Sebahagian laluan kanan dari Jalan Tengku Kelana menuju ke Bulatan Simpang Lima akan ditutup. Pengguna jalanraya yang ingin menuju ke Bulatan Simpang Lima akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah JINGGA di dalam peta di bawah.
Dua laluan di Bulatan Simpang Lima akan ditutup. Pengguna jalanraya yang menggunakan Bulatan Simpang Lima akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah.
Penutupan C – Lencongan trafik di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (10.00 malam sehingga 5.00 pagi)
Laluan kiri di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah akan ditutup. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Bulatan Simpang Lima akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah MERAH di dalam peta di bawah.
Penutupan D – Lencongan trafik di Bulatan Simpang Lima (24 jam)
Laluan dalam serta sebahagian laluan tengah di Bulatan Simpang Lima akan ditutup. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Bulatan Simpang Lima akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah UNGU di dalam peta di bawah.
Penutupan A, B, C dan D akan dilaksanakan secara berkala dan berperingkat. Pada setiap masa akan terdapat satu laluan yang boleh digunakan oleh pengguna jalanraya.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Perhubungan Awam : 012 – 232 3782
Mohamad Asraf Ya’acob, Eksekutif, Perhubungan Awam : 011 – 2405 0795