Dimaklumkan bahawa penutupan laluan paling kanan menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur/Subang sepanjang Persiaran Kerjaya akan ditutup buat sementara waktu dari 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2020.
Penutupan laluan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan utiliti, ujian cerucuk, cerucuk kepingan, penanaman tukup cerucuk dan pembinaan tiang yang akan dijalankan di median jalan dari persimpangan lampu isyarat Jalan Hakim U1/24 sehingga Politeknik Shah Alam bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang dan dari 11:00 malam sehingga 5:00 pagi.
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan di Persiaran Kerjaya:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
WL Hoon, Pengurus Projek : 019-6223228
Salehuddin Omar, Pengurus Pembinaan : 016-5670077
Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam : 013-5755667