Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), adalah dimaklumkan bahawa terdapat lencongan trafik secara fasa di Jalan Kota, Klang, untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan paip air. Lencongan trafik ini akan dijalankan bermula dari 1 November 2018 sehingga 31 Januari 2019 selama 3 bulan.
Lencongan trafik adalah seperti berikut:
Fasa 1: 1 sehingga 30 November 2018 (10:00 malam hingga 5:00 pagi)
Dari Jalan Jambatan Kota menuju ke jalan dalam di Jalan Kota akan ditutup secara berperingkat sepanjang 50meter. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Letchumanan Hall akan dilencongkan ke Bulatan Simpang Lima. Di bulatan Simpang Lima, pengguna jalan raya boleh mengambil jalan keluar pertama menuju ke Jalan Tengku Kelana dan membelok ke kiri sebelum Masjid India Klang untuk menuju ke Jalan Dato Hamzah, kemudian membelok ke kiri menuju ke Jalan Bukit Jawa. Dari Jalan Bukit Jawa, pengguna jalan raya perlu membelok ke kiri untuk menuju ke Jalan Kota sebelum meneruskan perjalanan ke Letchumanan Hall seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta dibawah.
Fasa 2: 1 Disember 2018 sehingga 31 Januari 2019 (10:00 malam hingga 5:00 pagi)
Sebahagian jalan masuk ke Jalan Kota akan ditutup. Pengguna jalan raya dari Pejabat Daerah & Tanah Klang yang ingin menuju ke Bulatan Simpang Lima akan dilencongkan untuk membelok ke kiri masuk ke Jalan Bukit Jawa dan membelok ke kanan masuk ke Jalan Dato Hamzah, kemudian membelok ke kanan masuk ke Jalan Mohet. Di lampu isyarat Jalan Mohet, pengguna jalan raya perlu membelok ke kanan untuk masuk ke Jalan Tengku Kelana dan meneruskan perjalanan ke Bulatan Simpang Lima seperti yang ditunjukkan anak panah ORANGE di dalam peta dibawah.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam : 017 – 388 9357