Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang, sila dimaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan tetopi tiang sambut akan dijalankan di Jalan Pasar Baru berdekatan dengan Pasar Besar Klang. Kerja-kerja ini bermula pada 27 Ogos (Isnin) sehingga 28 Ogos 2018 (Selasa), jam 8.00 malam sehingga 2.00 pagi.
Sebahagian jalan dalam di Jalan Pasar Baru akan ditutup sementara semasa kerja pemasangan tetopi tiang sambut. Pengguna jalan raya di Pasar Baru Klang yang ingin menuju ke Jalan Meru akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta di bawah. Pemberi Isyaratakan ditempatkan di persimpangan jalan dengan menggunakan kaedah “BERHENTI dan JALAN” seperti yang ditunjukkan dalam pelan di bawah.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam : 017 – 3889 357