Dimaklumkan bahawa penutupan laluan dan lencongan laluan berdekatan Jalan Plumbum 7/95 di persimpangan Persiaran Permai, Shah Alam akan ditutup buat sementara waktu dari 15 Ogos (Rabu) sehingga 28 Ogos 2018 (Selasa) untuk memudahkan kerja-kerja pembaikpulihan paip pembentungan di kawasan tersebut.

Laluan berhampiran Jalan Plumbum 7/95 menuju ke arah UiTM akan ditutup dan trafik dari arah Persiaran Bestari dan Lebuh Keluli menuju ke arah UiTM akan dilencongkan sedikit ke laluan kiri atau belok ke kiri dipersimpangan jalan. Pengguna jalan raya dari Jalan Plumbum 7/95 yang ingin menuju ke arah UiTM pula perlu membelok ke kiri di hujung persimpangan jalan tersebut. Kedua-dua lencongan tesebut adalah seperti yang ditunjukkan mengikut arah anak panah HIJAU di dalam peta dibawah.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Muzzaffir Zabri Pazal Karim, Pengurus Pembinaan                                                                                             : 017 – 3203365
Alia Amira Zulkhairi, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                      : 012 – 8298255

 

-->
Translate »