Dimaklumkan bahawa penutupan laluan di Jalan Tropicana Selatan 1 bermula dari 13 Mac 2018 (Selasa) sehingga 19 Mac 2018 (Isnin) adalah seperti berikut:

Peringkat 1: Dua lorong di sepanjang Jalan Tropicana Selatan 1 (arah Plaza Tol Damansara) akan ditutup untuk kira-kira 70m dan pengguna jalan raya akan dialihkan ke lorong bertentangan.

Peringkat 2: Sebahagian daripada satu lorong sepanjang Jalan Tropicana Selatan 1 (arah Plaza Tol Damansara) akan ditutup secara berperingkat sepanjang 10m dan pengguna jalan raya dialihkan ke lorong bertentangan oleh pengawal lalu lintas dengan menggunakan kaedah aliran “STOP and GO”.

Peringkat 3: Sebahagian daripada satu lorong sepanjang Jalan Tropicana Selatan 1 (berdekatan Excelturf) akan ditutup secara berperingkat sepanjang 10m dan pengguna jalan raya dialihkan ke lorong bertentangan oleh pengawal lalu lintas dengan menggunakan kaedah aliran “STOP and GO”.

Penutupan laluan adalah untuk memudahkan kerja-kerja awalan seperti pengorekan, pengalihan utiliti, penyelidikan tanah dan pembersihan tapak.

Penutupan yang dinyatakan dan lencongan trafik akan bermula dari jam 10:00 malam sehingga 6:00 pagi keesokan hari selama lima (5) hari berkerja dan akan dilaksanakan dengan serta-merta di lokasi yang berkaitan.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan di Jalan Tropicana Selatan 1:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Wan Cheen Chai, Pengurus Projek: 013-2892268
Nishaline Priya Pubalan, Pengurus Perhubungan Awam: 011-51858248
Emizatul Erma Ahmad, Penolong Pengurus, Perhubungan Awam: 018-7734679

-->
Translate ยป