Notis Trafik: Penutupan sementara laluan di Jalan Bridge 21/64 untuk kerja-kerja awalan LRT3 dari 19 Disember 2018 sehingga 18 Februari 2019

Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di sebahagian daripada Jalan Bridge 21/64 untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Jalan akan ditutup secara sementara selama 39 hari, bermula dari 19 Disember 2018 sehingga 18 Februari 2019, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada jam 10.00 malam sehingga 6.00 pagi keesokan harinya.

Penutupan sementara ini akan dilakukan secara dua (2) peringkat di mana selepas sahaja kerja peringkat pertama selesai, kerja peringkat kedua akan menyusul.

Pengguna jalan raya yang ingin ke Jalan Bridge 21/64 akan dilencongkan ke Jalan Masjid dan Jalan PJU 6A/3 seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

Peringkat 1

 

 

Peringkat 2

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Wan Cheen Chai, Pengurus Pembinaan                                                                                                                      : 013-289 2268

Vanessa Vivekananda, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                      : 019-283 5815

 

 

 

 

-->
Translate »
Traffic Announcement: Temporary Road Closure at The Slip Road Heading to Lebuh Bandar Utama from 20 December 2018 to 18 February 2019
December 17, 2018
Traffic Notice: Temporary road closure on Jalan Bridge 21/64 to facilitate LRT3 preliminary works from 19 December 2018 to 18 February 2019
December 17, 2018