Trafik Notis: Penutupan Sementara Jalan Akan Dilaksanakan di Persiaran Kerjaya, Shah Alam Untuk Menanggalkan Papan Tanda Petunjuk Arah pada 1 sehingga 2 November 2018

Dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilaksanakan di Persiaran kerjaya menghala ke arah Shah Alam dari 1 November 2018 dan 2 November 2018, 11.00 malam (1 November) sehingga 5.00 pagi (2 November) dan 11.00 malam (2 November) sehingga 5.00 pagi (3 November) untuk menjalankan kerja menanggalkan papan tanda petunjuk arah.

Semasa penutupan, pengguna jalan raya di Persiaran Kerjaya yang ingin menuju ke arah Shah Alam akan dialihkan ke lorong bertentangan melalui aliran kontra seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta dibawah. Polis trafik juga akan membantu mengawal lalu lintas semasa aliran kontra sedang dijalankan. Aliran trafik akan diteruskan seperti biasa pagi keesokan harinya.

 

Di bawah merupakan peta yang menunjukkan aliran kontra:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:

WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                                                                          : 019-6223228

Salehuddin Omar, Pengurus Pembinaan                                                                                                              : 016-5670077

Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                  : 013-5755667

-->
Translate »
Traffic Announcement: Temporary Road Closure at Persiaran Kerjaya, Shah Alam from 1 to 2 November 2018
October 29, 2018
Traffic Notice: Temporary Road Closure at Persiaran Kerjaya, Shah Alam to facilitate dismantling of Directional Gantry Sign Works from 1 to 2 November 2018
October 29, 2018