Tarikh31 Julai 2024 (Rabu) hingga 7 Ogos 2024 (Rabu)
Tempoh MasaPenutupan Laluan A1 – 10:00 malam hingga 6:00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja berkaitan dengan projek LRT3

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan laluan tersebut:

Penutupan A dan Penutupan B adalah penutupan semasa yang diumumkan melalui siaran media bertarikh 17 Jun 2024.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Vanessa Vivekananda, Pengurus Kanan Perhubungan Awam                                  : 019-283 5815  

-->
Translate »