Penutupan Laluan di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk Kerja-Kerja Awalan LRT3 dari 29 Januari 2018 sehingga 22 April 2018

Dimaklumkan bahawa penutupan laluan di sepanjang Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk kerja-kerja awalan LRT3 akan dijalankan dari 29 Januari 2018 sehingga 22 April 2018.

Berikut adalah penutupan yang terlibat:

Penutupan A: (11.00 malam sehingga 5.00 pagi – Isnin hingga Ahad) 29 Januari 2018 sehingga 22 April 2018
Slip jalan dari Jalan Batu Unjur ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah akan ditutup.

Penutupan B: (24 Jam) 5 Februari 2018 sehingga 22 April 2018
Laluan paling kanan bermula dari Bengkel Daya Klang sehingga Hospital Bersalin Razif akan ditutup (Laluan dari Bukit Tinggi ke MPK).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kami dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 232 3782
Dennis Li, Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam: 011 – 3919 1311

-->
Translate »
Malaysia Nanban: Some roads in Klang to be closed due to LRT3 project
January 28, 2018
The Star: Objections to LRT3 project in Damansara
January 29, 2018