Notis Trafik: Penutupan Jalan dan Lencongan Trafik Berkala di Jalan SS7/19 (arah Lebuhraya Persekutuan), Persiaran Kerjaya (arah Kuala Lumpur) dan Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Subang & Lebuhraya Persekutuan) dari 9 November 2021 sehingga 13 November 2021 (Berkala)

 

 

Tarikh 9 November2021 sehingga 13 November 2021 (Berkala)
Hari Selasa hingga Sabtu
Tempoh masa 10:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:

Penutupan A: Jalan SS7/19 (arah Lebuhraya Persekutuan), Persiaran Kerjaya (arah Kuala Lumpur) dan Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Subang & Lebuhraya Persekutuan) akan ditutup. Pengawal bendera akan mengawal trafik di kedua-dua arah dengan menggunakan kaedah ‘Berhenti dan Jalan’ seperti yang ditunjukkan di bawah:

 

Penutupan B: Tiga Lorong di Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Subang dan Lebuhraya Persukutuan) akan ditutup.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling (JKR Petaling) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Perintah Perintah Pemulihan negara (PPN) Fasa 4 dijalankan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Ahmad Asraf Ramadhan, Pengurus  Projek                                                                                                          : 017-9163212

Mohd Hanifah bin Harun, Koordinator Projek                                                                                                   : 013-7351817

-->
Translate »
Media Release: Road closure on Jalan SS7/19 (Federal Highway-bound), Persiaran Kerjaya (Kuala Lumpur & Subang Airport-bound) and Jalan Lapangan Terbang Subang (Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Subang & Federal Highway-bound) to facilitate LRT3 project-related works from 9 November 2021 to 13 November 2021
November 6, 2021
Traffic Notice: Intermittent Road Closures and Traffic Diversions on Jalan SS7/19 (Federal Highway-bound), Persiaran Kerjaya (Kuala Lumpur-bound) and Jalan Lapangan Terbang Subang (Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Subang & Federal Highway-bound) from 9 November 2021 to 13 November 2021 (Intermittent)
November 6, 2021