Tarikh18 Julai 2024 hingga 31 Julai 2024
HariIsnin hingga Sabtu
Tempoh Masa11.00 malam hingga 5.00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja berkaitan projek LRT3

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik tersebut:

Penutupan 1: Jalan susur ke Jalan Kayu Ara di Lebuhraya SPRINT (NKVE/ bertentangan dengan Petronas NGV, arah Damansara) akan ditutup secara berkala.

Penutupan 2: Laluan perlahan dan Tengah di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) bermula dari Kedai Hardware ke jalan bertentang dengan Petronas NGV akan ditutup secara berkala.

Penutupan 3: Laluan laju di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) bermula dari Kedai Hardware ke jalan bertentangan dengan Petronas NGV akan ditutup secara berkala.

Hanya satu (1) penutupan laluan akan dibuat pada satu-satu masa. Pengguna lebuhraya adalah dinasihatkan untuk mengikut papan tanda lencongan. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Vanessa Vivekananda, Pengurus Kanan Perhubungan Awam                               : 019-283 5815  

-->
Translate »