Tarikh13 Julai 2024 hingga 25 Ogos 2024
Tempoh masa24 jam
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja berkaitan projek LRT3

Penutupan laluan dan lencongan trafik akan dilaksanakan secara berperingkat seperti peta di bawah:

Peringkat 1: Jalan Batu Nilam (di hadapan Lotus’s Klang, arah Jalan Langat) akan ditutup dari 13 Julai 2024 sehingga 31 Julai 2024.

Peringkat 2: Jalan Batu Nilam (sebelah jalan masuk Lotus’s Klang) akan ditutup dari 31 Julai 2024 sehingga 7 Ogos 2024.

Peringkat 3: Laluan kanan di Jalan Batu Nilam (sebelum jalan masuk Lotus’s Klang) akan ditutup dari 7 Ogos 2024 sehingga 14 Ogos 2024.

Peringkat 4: Laluan kanan di Jalan Batu Nilam (arah Lebuh Batu Nilam) akan ditutup dari 14 Ogos 2024 sehingga 17 Ogos 2024.

Peringkat 5: Laluan kiri di Jalan Batu Nilam (arah Lebuh Batu Nilam) akan ditutup dari 17 Ogos 2024 sehingga 21 Ogos 2024.

Peringkat 6: Laluan kanan di Jalan Batu Nilam 6 akan ditutup dari 21 Ogos 2024 sehingga 25 Ogos 2024.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Ahmad Khairulanuar, Project Manager                                                                                                                 : 019 – 262 5924

Saidatul Naquah Badrul, Perhubungan Awam                                                                                                 : 013 – 3017820

-->
Translate »