Tarikh5 Julai 2024 (Jumaat) hingga 20 Julai 2024 (Sabtu)
Hari11.00 malam hingga 5.00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja berkaitan projek LRT3

  Penutupan laluan dan lencongan trafik akan dilaksanakan secara berperingkat seperti peta di bawah:

Peringkat 1: Lorong paling kiri dan tengah di Lebuhraya Persekutuan (arah Klang) dari 5 Julai 2024 sehingga 6 Julai 2024.

Peringkat 2: Lorong paling kanan di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur dan Klang) dari 12 Julai 2024 sehingga 13 Julai 2024.

Peringkat 3: Lorong paling kiri dan tengah di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur) akan ditutup dari 19 Julai 2024 sehingga 20 Julai 2024.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Chan Hooi Hong, Pengurus Projek                                                                        : 016 – 5211960

Saidatul Naquah Badrul, Perhubungan Awam                                                       : 013 – 3017820

-->
Translate »