Tarikh | 1 September 2023 hingga 23 Februari 2024 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh Masa | 10:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran “Link Bridge”dan kerja-kerja berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik berkala:
Peringkat 1 – Semua lorong di Jalan Bukit Mayang Emas menuju ke Persiaran Tropicana dan lorong paling kanan dan kiri di Jalan Bukit Mayang Emas menuju ke Bulatan Kampung Cempaka akan ditutup.
Peringkat 2 – Semua lorong di Jalan Bukit Mayang Emas menuju ke Bulatan kampung Cempaka dan lorong paling kanan dan lorong tengah di Jalan Bukit Mayang Emas menuju ke Persiaran Tropicana akan ditutup.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Mohamad Rasydi Awang Chik, Pengurus Kanan Projek : 011-10404515
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905