Notis Trafik: Penutupan Laluan dan Lencongan Trafik di Persiaran Sukan, Shah Alam dari 18 September 2019 sehingga 18 Januari 2020

Tarikh  Penutupan A18 September 2019 hingga 30 September 2019

 

Penutupan B

1 Oktober 2019 hingga 16 Oktober 2019

 

Penutupan C

12 Oktober 2019 hingga 18 Januari 2020

Hari

 Isnin hingga Sabtu

Tempoh Masa

Penutupan A & B

9:00 pagi hingga 5:00 petang dan 11:00 malam hingga 5:00 pagi

Penutupan C

24 jam

Tujuan 

Penutupan A & B

Untuk menjalankan kerja-kerja pelebaran jalan untuk projek LRT3.

Penutupan C

Untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan utiliti, pembinaan cerucuk, tukup cerucuk dan

pembinaan tiang untuk projek LRT3.

 

 

Lencongan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:

 

Penutupan A

Terdapat penutupan laluan kiri sepanjang 80-meter di Persiaran Sukan dari arah Pasaraya Giant Stadium Shah Alam. Satu laluan akan dibuka untuk pengguna jalan raya seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah:

 

 

Penutupan B

Laluan kanan bagi kedua-dua arah di Persiaran Sukan akan ditutup seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah:

 

 

Penutupan C

Terdapat penutupan sebahagian di laluan kiri di Persiaran Sukan bersebelahan dengan Bulatan Bazarena. Pengguna jalan raya (dari arah Shah Alam) boleh menggunakan dua laluan yang sedia ada.

 

 

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                                                                         : 019-6223228

Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan                                                                                                          : 012-2993377

Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                      : 013-5755667

-->
Translate »
Traffic Notice: Lane Closure and Traffic Diversion on Jalan Salam, Bandar Botanic, Klang from 6 September 2019 to 12 September 2019
September 3, 2019
Traffic Notice: Lane Closures and Traffic Diversions on Persiaran Sukan, Shah Alam from 18 September 2019 to 18 January 2020
September 14, 2019