Dimaklumkan bahawa terdapat penutupan di sebahagian laluan kanan menghala ke Shah Alam dan Subang/Kuala Lumpur di Persiaran Kerjaya untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan utiliti, pengorekan dan ujian cerucuk dari jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang dan 11:00 malam sehingga 5:00 pagi dari 22 Mac 2019 sehingga 30 Jun 2019.
Penutupan laluan akan bermula dari pembahagian jalan di hadapan bangunan Basis Bay sehingga pembahagian jalan di hadapan bangunan Nippon Menard di Persiaran Kerjaya. Pemandu yang menuju ke Subang / KL dan Shah Alam boleh menggunakan dua lorong di Persiaran Kerjaya pada setiap masa.
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan di Persiaran Kerjaya:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
WL Hoon, Pengurus Projek : 019-6223228
Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan : 012-2993377
Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam : 013-5755667